Sihat sepanjang hayat.
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis
penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau
strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti
Merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling
anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan,
kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
- Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema
serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
- Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
- Mendapat asma
Apakah faedah yang
diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
- Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih
awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu
rakyat Malaysia setiap tahun.
- Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok
mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan
kanser.
- Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang
berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit
paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut
adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
- Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok
kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan
berbanding dengan perokok
- Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang
lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda,
di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain
penyakit berkaitan dengan pernafasan
- Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan
anak-anak.
- Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang
sihat
- Meningkatkan deria bau dan rasa
- Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
- Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
- Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli
rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun.
Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam
akaun simpanan anda).
- Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh
perokok boleh menyebabkan kebakaran
- Meningkatkan kesuburan.
- Meningkatkan tahap 'kelakian'
Bagaimana hendak
berhenti merokok?
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
- Tetapkan tarikh untuk berhenti
- Yakin diri
- Buatkan nota peringatan
- Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Gunakan terapi penganti nikotin
- Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti
merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :
Tip Berhenti Merokok 12 M :
- Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
- Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
- Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
- Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan
rokok
- Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok
- Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada
merokok
- Mengunyah sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
- Membasuh tangan selalu
- Mandi dengan kerap
- Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
- Meditasi
- Memohon doa
- Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
sumber: Info Sihat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment