Pernah dengar tak gila meroyan? Ianya berlaku terutamanya
semasa ibu melalui tempoh berpantang. Semasa ini emosi ibu tidak stabil, dengan
keadaan diri yang lemah dan masih sakit, ditambah persekitaran baru iaitu
mendapat baby dan merasakan tumpuan perlu sepenuhnya pada bayi yang baru
dilahirkan. Akibat stress dan juga tiada bantuan atau sokongan orang tersayang,
meroyan ini boleh berlaku.
Meroyan ini atau bahasa sainsnya "Postpatrum
Depression" ialah satu perubahan emosi, fizikal atau perlakuan yang
berlaku pada ibu selepas melahirkan. Biasanya ia paling kerap dikenalpasti
semasa empat minggu pertama selepas kelahiran.
Apakah itu Meroyan (postpartum depression) ?
Meroyan ini berkait rapat dengan kimia, sosial dan
psikologi seseorang ibu yang berubah setelah kehadiran bayi.
Hormon mengalami penurunan mendadak selepas bersalin.
Hormon estrogen dan progesteron ini mengalami penurunan selepas ibu melahirkan.
Ini juga adalah salah satu faktor yang berkait rapat yang boleh menyebabkan
emosi bu tidak stabil.
Perubahan social dan psikologi juga berubah setelah
kelahiran bayi. Situasi pertama kali mendapat bayi juga menambahkan lagi
tekanan pada ibu yang kebiasaannya inginkan yang terbaik untuk bayi tetapi
mungkin tidak mampu membuatnya sendiri melainkan terpaksa dibantu orang terdekat.
Jika tiada sokongan dari segi emosi dan fizikal ini, maka meroyan mudah
terjadi.
Tanda-Tanda Meroyan (postpartum depression)
* Keletihan yang melampau
* mood yang sentiasa berubah setiap masa
* berasa sedih, marah, dalam masa yang sama tidak cukup
tidur
* Tanda yang lebih kronik adalah si pesakit akan
berasakan diri sendiri tidak berguna, rasa bersalah yang amat,rasa tiada
harapan, rasa tiada orang yang dapat membantu atau lebih buruk adalah ingin
membunuh diri.
Cara Untuk Elakkan Meroyan (postpartum depression)
* minta bantuan orang lain. Jangan fikir inginkan
kesempurnaan dan semua ingin dibuat sendiri. Boleh minta bantuan orang yang
terdekat untuk membantu kita menguruskan bayi semasa tempoh berpantang.
* Buat sedikit senaman, berjalan di sekitar rumah, tengok
pemandangan luar, jangan terperap sahaja di dalam bilik, ia buatkan anda berasa
tertekan.
* Amalkan diet yang seimbang dalam pemakanan harian.
* Eratkan hubungan dengan pasangan. Bagi si suami, masa
ini belai dan layanlah isteri anda sebaiknya.
* Tidur bila bayi anda tidur untuk mengelakkan keletihan
melampau.
Yang jelasnya meroyan ini boleh terjadi pada sesiapa
sahaja dan sudah pasti susah untuk dijangka. Perubahan hormon yang sangat
berbeza semasa hamil dan selepas melahirkan membuatkan emosi juga terganggu.
Sebab itu untuk ibu berpantang, Shaklee juga ada menawarkan supplement yang
bagus untuk menjaga keseimbangan hormon. GLA Complex boleh membantu mengawal
keseimbangan hormon anda dan juga ia salah satu cara untuk menghindarkan dari
terkena meroyan. Mengelak lebih baik dari mengubat setelah ianya terjadi.
Pastikan anda menjadikan GLA Complex adalah item wajib dalam set berpantang
anda:)

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any
disease.------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi Mamariz Health & Beauty Shop dengan sms ke 012-676 6834 atau email mamariz.sue@gmail.com untuk maklumat lanjut
Hubungi Mamariz Health & Beauty Shop dengan sms ke 012-676 6834 atau email mamariz.sue@gmail.com untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment