Harini anak mama bangun pagi merengek. Ada kesan hingus kering terlekat di bahagian atas bibir.. mama tak sedap hati.. mama rasa dahi dan badan awak.. panas..
Mama bagitau papa awak demam, mama minta tolong papa mandikan awak. Lepas mandi papa kasi awak ubat.. mama terpaksa pegang kaki dan tangan awak untuk mudahkan papa suapkan ubat tu.. awak nangis.. mama kasi air untuk awak bilas tekak.. awak taknak.. awak nangis tanda protes.. mama tau awak tak suka ubat.. mama minta papa buatkan susu.. awak minum susu.. lalu tertidur.. kesian anak mama.. sorry sayang.. awak kena makan ubat.. barulah cepat sihat..
Dari pukul 9 pagi, 11.30 baru awak bangun.. selalu pagi - pagi awak dah mintak nasi kalau mama kat dapur.. harini awak tak minta nasi.. awak mintak nak makan mangga. Mama potong sebiji untuk awak, habis.. "ma., nak agi kego" lagi sebiji mama potong.. habis juga..
Awak sambung main.. mama tau awak tak larat.. mama biar saja awak main supaya awak keluar peluh.. mama siap masak nasi.. mama cuba suap awak nasi.. sikit je awak awak jamah.. takda selera mungkin.. papa cuba bertindak bijak.. papa masukkan ubat dalam air sirap.. malangnya anak mama lagi bijak.. mana sama rasa air sirap ros bila dah tambah ubatkan? Sudahnya anak mama makan tanpa minum air harini.. trauma punya pasal.. terima kasih papa kerana berusaha tanpa jemu..
Tengahari mama tidurkan adik aqeela, mama tengok awak tak larat mama ajak awak tidor.. nasib baik awak ikut mama naik atas katil.. mudah kerja mama.. mama order susu sebotol dari papa, kejap aje siap.. habis sebotol awak minum.. awak tertidur lagi.. rehatlah sayang.. mama sayang awak..
Petang awak bangun.. merengek tak sudah.. mama mandi pun tak senang.. pintu bilik air bunyi kedegang-kedegang.. mama tau awak bukan nak mandi pun.. nak tengok muka mama aje.. nak mama duduk dengan awak aje.. mama faham sayang.. tunggu kejap ye.. mama mandi solat sekejap aje..
Mama duduk atas sofa.. teman awak tengok cerita upin dan ipin.. awak sandar kat peha mama.. panas.. aduhai anak.. kesiannya kat awak.. kalau la mama ada super power boleh serap panas badan awak.. mesti badan awak tak panas camni..
"Papa., tolong mandikan anak" yaa.. papa lagi.. papa la tulang belakang mama dalam menguruskan awak dan adik.. kalau papa takde kat umah bila awak berdua merengek serentak, mamala org ketiga yang turut serta menangeh. Hihi.. cengeng betol mama nikan.. 😅
Awak mandi dalam keadaan terpaksa.. lama papa mandikan awak.. papa cuba turunkan suhu awak dengan biar awak berendam.. awak meraung.. sejuk.. papa cuba ambil hati awak.. cuba buat awak ketawa.. tapi hampa.. selesai mandi papa bawak awak keluar dalam keadaan terketar awak tetap dengan raungan awak.. mama peluk awak.. harap awak berenti menangis.. tak jadi jugak.. awak tetap terketar.. mengigil.. menangis.. pilunya hati mama..
Tiba - tiba mama teringat mama ada mealshakes dan nutriferon.. Mama minta tolong papa campurkan 1 scoop mealshakes n half sachet nutriferon dalam susu awak.. Alhamdulillah.. awak minum tanpa was-was.. mama tepuk awak sambil urut badan awak.. harap mama dapat kurangkan sikit sakit badan awak..
Lepas magrib awak dah lena.. mama pergi dapur perangat lauk ajak papa dinner.. kesian papa bertungkus lumus ngan mama.. tak pernah merungut.. sayang giler mama kat papa.. bertuah mama ada papa.. Sumpah!
Sambil layan piala thomas kat tv1, mama on off jenguk awak kat dalam bilik.. check suhu awak.. Ya Allah.. suhu awak yang panas makin kurant suam.. syukur.. pukul 11 suhu awak dah normal.. syukurnya pada Allah Dia saja yang tau..
Tak rugi mama readykan mealshakes dan nutriferon ni.. tanpa petunjuk dari Allah tentu mama tak terfikir hal ni.. Alhamdulillah.. malam ni mama harus monitor jugak suhu badan awak.. harap awak cepat sihat sayang.. Mama sayang awak dan adik sangat.. Mama taknak jadi kejam paksa awak makan ubat yang sah sah ada dadah.. biarlah mama melabur lebih sikit demi kesihatan awak dan adik aqeela..
Ammar Rizq n Ammara Aqeela sweethome..
Love,
Mama
CARA ORDER: CALL|SMS|WHATSAPP|SURIA|0182000804
COD AREA: PANTAI DALAM, KAMPUNG PASIR, KERINCHI, UNIVERSITI, PJ, JALAN IPOH, BANGSAR SOUTH
PENGHANTARA MELALUI POS KE SELURUH MALAYSIA DAN SABAH SARAWAK
***************************************************************************************
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments:
Post a Comment