SUSU IBU CAIR???
Ramai ibu yang risau bayi mereka tidak kenyang apabila melihat susu yang mereka perah sangat cair dan mula berusaha solusi cara untuk memekatkan susu mereka.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPEKATAN DAN KECAIRAN SUSU IBU (FOREMILK) DAN KEPEKATAN SUSU IBU (HINDMILK)
Perlu di ketahui,
cair atau pekat susu ibu adalah bergantung kepada
1. Cuaca
2. Kekerapan Memerah
3. Pemakanan
FAKTOR CUACA:
TAHUKAN IBU : Penghasilan Foremilk (susu cair) akan menjadi lebih banyak apabila keadaan memerlukan contohnya ketika ibu minum lebih banyak air kosong dan apabila cuaca yang panas.
KENAPA??
Ini adalah kerana badan akan mendapat signal apabila cuaca panas. Secara logiknya, ketika cuaca panas, bayi anda akan merasa dahaga dan cepat terhidrat dan pastinya bayi sangat memerlukan banyak air.
Apa yang ramai ibu tidak tahu adalah foremilk mengandungi lebih banyak vitamin berbanding hindmilk dimana ia mengandungi lebih banyak lemak.
Vitamin yang tergandung dalam foremilk ini akan memberikan pertahanan pada bayi dari jangkitan akibat daripada hawa panas yang mudah mematangkan spora bakteria.
Dan apabila cuaca sejuk, badan akan memberi signal supaya menghasilkan lebih hindmilk bagi membekalkan lemak kepada bayi dan carbohydrate untuk memanaskan badan bayi.
Subhanallah..!!!
FAKTOR KEKERAPAN MENGOSONGKAN PAYUDARA
Apabila payudara kerap di kosongkan melalui direct feeding ataupun pemerahan,
badan akan mendapat signal bahawa susu tidak cukup dan bayi tidak kenyang.
Oleh itu, badan akan menghantart signal tersebut pada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memenuhi permintaan bayi untuk menampung zat yang yang di perlukan bayi untuk membesar.
Dan ini menyebabkan susu ibu akan menjadi lebih pekat
setelah badan mendapat signal kesan daripada pengosongan payudara yang kerap.
*FULL BREAST = LOWER FAT CONTENT & SLOWER MILK PRODUCTION
*EMPTY BREAST = HIGHER FAT CONTENT & FASTER MILK PRODUCTION
FAKTOR PEMAKANAN:
- Ibu yang minum lebih banyak air kosong akan mendapati susu mereka lebih cair.
- Ibu yang mengambil lebih banyak protein akan mendapati susu mereka lebih pekat.
- Ibu yang mengamalkan pemakanan halba akan mendapati susu mereka cair
- Ibu yang mengambil lebih banyak produk susu dan bijirin akan mendapati susu mereka pekat.
Kesimpulannya kepekatan atau kecairan susu ibu tidak mempengaruhi kejayaan penyusuan ibu mahupun tumbesaran bayi.
Allah maha pencipta menganugerahkan susu ibu dalam keadaan unik lagi sempurna dan terbaik untuk tumbesaran bayi anda.
Apa yang penting penyusuan sus ibu harus diteruskan sekerap mungkin bagi memastikan proses pemprosesan susu sentiasa berjalan lancar.
HAPPY BREASTFEEDING MOMMIES..!!
********************************************************************************************************
DAPATKAN SET SUPPLEMENT BAGI MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU DAN ANDA BAKAL MEMDAPAT KONSULTANSI SECARA PERCUMA..!!!
Hubungi Mamariz Health & Beauty Shop di 012-676 6834
No comments:
Post a Comment