Monday, 19 May 2014

KEAJAIBAN SUSU IBU

Satu daripada pengalaman yang paling manis yang anda boleh alami adalah menyusu badan. Menyusu badan membina ikatan kemesraan yang unik antara anda dan bayi.
 
Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi. Ia mengandungi kesemua nutrien yang bayi
perlukan dalam jumlah yang betul, pada suhu yang betul.
 
Ianya senang di hadam dan di serap dengan dengan berkesan. Susu ibu juga mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan.

 Oleh kerana ianya lebih ekonomi dan menyenangkan, anda akan menjimatkan masa dan wang. Sama ada anda menyusukan badan selama beberapa minggu atau beberapa bulan, anda memberikannya permulaan yang terbaik dalam kehidupan kerana kajian menunjukkan bahawa bayi menyusu badan lebih pintar dan lebih sihat.

  Fakta lain yang menarik adalah ibu yang menyusu badan dapat mengembalikan bentuk badan lebih cepat kerana ia menggunakan lemak tambahan yang disimpan di dalam badan sewaktu kehamilan!

KEAJAIBAN SUSU IBU

 Susu ibu sangat unik kerana kandungannya berubah mengikut keperluan bayi.
 
Sebagai contoh, susu yang dihasilkan oleh ibu yang melahirkan bayi tidak cukup bulan adalah berbeza dengan susu yang dihasilkan oleh ibu yang melahirkan bayi cukup bulan.
 
Bayi yang diberi susu badan sepenuhnya tidak memerlukan sebarang air, vitamin atau zat besi tambahan sekurang-kurangnya 6 bulan pertama selepas lahir kerana susu ibu menyediakan kesemua nutrient dan cecair yang bayi perlukan namun haruslah dipastikan tubuh ibu terlebih dahulu sihat dan mendapatkan nutrien yang lengkap dengan keperluan nutrisi ibu yang menyusu badan.

 
CARA ORDER: CALL|SMS|WHATSAPP|SURIA|0182000804 COD AREA: PANTAI DALAM, KAMPUNG PASIR, KERINCHI, UNIVERSITI, PJ, JALAN IPOH, BANGSAR SOUTH PENGHANTARAN MELALUI POS KE SELURUH MALAYSIA DAN SABAH SARAWAK *************************************************************************************** * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment