Semua wanita idamkan mata yang bersinar, hidung berseih berkilau, pipi bak telur di kupas dan bibir bak delima merekah.
Untuk mencapai semua ini, kita tau ia memerlukan penjagaan yang rapi.
Kecantikan menjadi hak mutlak seorang wanita. Dari segi perawatan dan penjagaan ia bergantung kepada keserasian.
Tetapi apa yang di sarankan ini elok di jadikan rutin harian untuk mengekalkan kecantikan wajah.
1. MEMBERSIHKAN WAJAH
Cuci wajah dengan air suam dan beri penekanan pada zon T. Gunakan buih pencuci dari bahan pelarut minyak dan kotoran, bilas dan keringkan dengan tuala.
2. KRIM MALAM
Krim ini mampu untuk memberi impak berguna untuk kulit kita. Mengikut kajian saintifik, kulit kita akan bergerak lebih aktif pada waktu malam.
3. PELEMBAP
Gunakan pelembap kulit ketika berada di tempat berhawa dingin bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kering.
4. PENGELUPASAN
Proses pembaharuan kulit dengan pengelupasan lapisan teratas yang mengandungi sel-sel mati. Ia juga mempengaruhi kulit dan membersihkan pori-pori. Pastikan produk yang digunakan sesuai untuk kulit anda dan elakkan penggunaan bagi kulit berjerawat.
5. GARIS WAJAH
Ekpresi muka mempengaruhi garis di wajah anda. Ia akan lebih jelas mengikut faktor usia. Gunakan krim yang sesuai dan sebaiknya cuba untuk lebih santai dan tenang.
6. MEMBERSIHKAN SOLEKAN
Pastikan anda membersihkan wajah terlebih dahulu sebelum tidur. Gunakan pembersih wajah yang khusus.
7. TIDUR YANG CUKUP
Dapatkan tidur yang berkualiti sekiranya inginkan kulit yang sentiasa segar dan ceria. Jangan amalkan terlalu kerap berjaga malam kerana ia akan meng'hadiah'kan kulit kusam dan tidak bermaya di wajah anda. Tambahan pula anda mungkin tidak produktif pada keesokan hari.
8. MENGAWAL DIRI DARIPADA TEKANAN
Tiada siapa mahukan tekanan dalam hidupnya. Biasanya apabila sampai satu tahap, kita mengambil langkah untuk menangis untuk meredakan tekanan. Namun, jika setiap hari kita menangis kita sudah memaksa mata untuk berkerja lebih dari biasa. Mata akan membengkak sekaligus memberi impak pada penampilan. Tahukah anda menagis boleh menyebabkan pandangan mata menjadi kabur? Oleh itu, mari kita mengawal emosi kita dan harus kita ingat tiada orang yang tiada masalah atau tekanan.
9.PENJAGAAN KULIT DARI DALAM
Wanita yang bijak adalah wanita yang menjaga kulit dari luar dan dalam. Kita tahu zat yang masuk kedalam badan kita melaui pemakanan belum tentu mencukupi untuk memenuhi keperluan oleh tubuh dan kulit kita. Oleh itu, kita di sarankan untuk mengambil supplement (makanan tambahan) bagi menampung zat - zat yang diperlukan oleh badan.
Selamat Mencuba!
******************************************************************************
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment