Wednesday, 12 December 2012

Manjadda Wajadda

Di Mulakan Dengan





"Ya Allah.. Engkau Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mendengar, Maha Mengasihani, Lagi Maha Pemurah.." Hamba mohon padaMu Ya Allah, Ampunilah dosa dosa kedua ibu bapaku.. dan dosa dosa kedua ibu bapa mertuaku.. sayangilah mereka seperti  mana mereka menyayangi aku dan suami ku di waktu kecil kami.. hindari lah mereka dari seksa kubur Ya Allah.. Murahkanlah rezeki mereka, limpahkan lah kasih sayang dan rahmatmu pada mereka.. Panjangkanla umur mereka, berikanlah kesihatan yang baik pada mereka.. terima lah amal ibadat yang di lakukan oleh mereka.. Lindungilah mereka ya Allah kerana aku sangat sayangkan mereka..

Ya Rabbi, Hamba mohon padamu.. Ampunilah dosa dosa suamiku.. murahkanlah rezeki suamiku.. Jika ia masih dia langit, turunkanlah ya Allah.. jika ia Haram, Halalkanlah Ya Allah.. Jika ia tenggelam, timbulkanlah ia Ya Allah.. Lindungi lah suami ku daripada bala bencana.. panjangkanlah umurnya supaya dapat dia beramal soleh kepadamu.. sayangilah dia.. jadikanlah dia seorang lelaki, suami, dan bapa yang soleh, beriman dan bertaqwa hanya padaMu.. Hamba mohon padaMu Ya tuhan ku sesungguh aku sangat sayangkan suamiku..

Ya Allah.. Wahai tuhan yang maha mendengar dan maha pengampun.. Ampunilah dosa - dosa dan ketelanjuran yang pernah hamba lakukan.. Hamba malu padamu Ya Allah.. Jadikanlah aku wanita yang soleh, beriman dan bertaqwa hanya PadaMu Ya Allah.. sucikanlah jiwaku.. selamatkanlah aku di dunia dan akhirat.. murahkanlah rezeki hambaMu ini Ya Allah.. Bahagiakanlah Rumah tanggaku Ya Allah.. Lindungilah kami semua dari bala bencanamu Ya Allah..

Ya Rabbi, Hamba mohon.. Lembutkanlah hati anakku sepertimana engkau melembutkan besi untuk Nabi Daud, jadikanlah dia anak yang soleh beriman dah bertaqwa hanya padaMu.. Lindungila dia dari Azab api neraka mu.. jadikan lah dia Pejuang untuk agamaMu..

Wahai Allah yang maha melindungi.. lindungilah semua muslimin dan muslimah yang berada di atas muka bumi ini.. Lindungilah saudara2 islamku yang teraniaya dia bumi palestin dan Gaza.. kuatkanlah hati mereka.. murahkan lah rezeki mereka..

Ya Allah.. bahagiakanlah jua hambamu yang membaca entry ini..



Amin Ya Rabal Alamin..

No comments:

Post a Comment